Jawatankuasa Kokurikulum

Jawatankuasa Kurikulum

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid

Fungsi Hal Ehwal Murid



1) Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkajinya semula dari masa ke semasa bagi tujuan pengubahsuaian.

2) Dengan arahan Guru Besar, jika Guru Besar memikirkan perlu, membincangkan kes-kes displin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil keatas murid yang berkenaan.

3) Membincangkan masalah kebajikan seseorang murid dengan tujuan untuk mencari jalan memperbaiki kelakuan murid tersebut.

4) Mengkaji dan menimbangkan pandangan , pendapat dan cadangan daripada murid-murid, guru-guru,ibu bapa dan masyarakat umum mengenai kebajikan terutamanya disiplin sekolah.

5) Memberi pandangan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.

6) Merancang program setahun dan melaksanakannya mengikut unit masing-masing.

7) Mengambil tindakan segera apabila menerima arahan dari pihak pentadbir.

8) Tugas-tugas lain yang berkaitan apabila diperlukan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.