Hilangnya Guru Penolong Kanan Kokurikulum...En.Ramly Sulong

Warga SK Mangkok telah menerima satu perkhabaran yang kurang baik iaitu seorang guru SK Mangkok akan berpindah ke sekolah SK Bari (P). Cukup mengejutkan bagi Warga SK Mangkok yang akan kehilangan satu-satunya Guru Muzik yang ada iaitu En. Ramly b. Sulong. Cikgu Ramly b. Sulong amat berjasa bagi murid-murid SK Mangkok, telah banyak aktiviti KO dan Akademik yang menggunakan jasa Cikgu Ramly. Pembimbing KOIR, Nasyid, dan sukan sekolah ini banyak membantu murid menerpa kejayaan di peringkat Daerah mahupun di peringkat Negeri.

Beliau telah berkhidmat selama 11tahun (Dari 17.1.2000 sehingga 31.12.2011). Dari Warga SK Mangkok, kami memohon andai kata ada salah dan silap selama kita bersama di sini. Diharapkan Warga SK Mangkok tetap dihati Cikgu Ramly. Walau berat untuk melepakskan cikgu pergi tapi kerana tanggungjawab sebagai seorang guru terpaksa kami merelakan jua. Jasamu Tetap Selalu Diingati (",)

Hilangmu tiada pengganti...

Kelas Pemulihan Sinar Ilham Dibuka Semula

Setelah hampir setahun Kelas Pemulihan Sinar Ilham ditutup kerana Guru Pemulihan bertukar, kini kelas tersebut telah dibuka kembali. Guru Pemulihan yang dilantik oleh pihak sekolah ialah Pn. Suriani bt Yusof. Guru tersebut akan membimbing seorang murid LINUS TEGAR dan juga murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran.

Minggu kedua persekolahan kelas tersebut kini semakin ceria dan menarik kerana Cikgu Suriani pandai menceriakan keadaan kelas tersebut...Semoga kelas ini akan berterusan untuk membantu murid LINUS Tegar SK Mangkok.

Lawatan Bermaklumat Murid Prasekolah

Macam-macam ragam kita dapat lihat di awal persekolahan kan...termasuklah murid-murid prasekolah. Hari ini mungkin kita tidak dapat lihat lagi murid tahun 1 yang menangis kerana takut masuk kelas kan, ini kerana murid tahun satu kebayakkan telah berada di prasekolah terlebih dahulu. Tapi.....pelajar sekarang tak macam dahulu kan??? takut untuk ke sekolah..yeala..tengok saja murid prasekolah SK Mangkok, tak ada pun murid yang menangis, mak-mak yang kena teman sapa habis waktu persekolahan..menarik bukan???

Proses pertama yang dilakukan oleh guru Prasekolah iaitu memperkenalkan semua tempat-tempat penting di SK Mangkok.pelbagai gelagat kita dapat lihat,macam-macam karenah murid-murid ni kan??? Semuanya bergantung pada gurunya iaitu Pn.Wan Yaumi Wan Ismail..betul la guru adalah adalah pembinbing utama setiap murid kan?? Tanpa Guru tidak adalah orang yang bijak pandai sekarang kan..

Melawat Pejabat


Macam2 Gelagat/ragam

SK Mangkok ditawarkan Sekolah Kluster????

Hari ini, SK Mangkok dilawati oleh En.Rosmadi dr PPD Setiu. Kedatangan beliau, adalah untuk membuat lawatan dan juga menyerahkan borang permohonan bagi ke Sekolah Kluster. Amat mengejutkan kepada Warga SK Mangkok untuk menerima tawaran ini.

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007. Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Bagi Warga SK Mangkok, ini adalah satu cabaran yang amat besar dan insyaAllah kami Warga SK Mangkok mampu untuk laksanakan tugasan ini, walaupun kami dari Sekolah Kurang Murid (SKM). Malaysia BOLEH !!! SK Mangkok juga BOLEH !!!!!!

Selamat Kembali murid-murid SK Mangkok !!

Selamat datang murid-murid baru dan murid-murid lama SK Mangkok...hampir 2bulan bercuti agak2 nya apa azam baru budak-budak ni utk sesi persekolahan 2012.. ermmm mcm mane cuti ni...masih ingat buku-buku ke atau dah lupa terus yer...

Ape-ape pon "Welcome Back to School" semoga ceria dan tingkatkan azam untuk berjaya ok....