Sunday, 12 February 2012

Pemantauan Jemaah Nazir Untuk Bai'ah

18.01.2012, SK Mangkok telah dikunjungi oleh 2 orang Jemaah Nazir iaitu En. Mohd Nor Hisyam bin Razali dan En. Arizuan bin Hj Ali untuk pemantauan bagi percalonan Bai'ah 2012. Semua guru telah bersiap sedia dengan dokumentasi dan bahan-bahan untuk pemantauan tersebut. Selain itu, ada sebilangan guru turut di "Observe" di dalam kelas termasuk Tn. Guru Besar. Turut menjadi pemerhatian Jemaah Nazir adalah Buku Rekod P&P guru-guru, Keceriaan Sekolah, Komunikasi antara guru-guru, kakitangan sokongan, pekerja-pekerja swasta, murid dan juga pekerja kantin. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan segala teguran dan nasihat akan diperbaiki oleh Warga SK Mangkok. 

Guru Besar sedang memberi penerangan kepada Jemaah Nazir