Perhimpunan Khas Sambutan Hari Kemerdekaan Negara - SK Mangkok

SK Mangkok telah mengadakan Perhimpunan Khas Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat sekolah pada 30 Ogos 2012. Acara-acara seperti menaikkan bendera, ucapan Tuan Guru Besar dan mendeklamasi sajak bertemakan kemerdekaan telah dilaksanakan.

 Merdeka!!!

Salam Merdeka daripada warga SK Mangkok

Sambutan Aidilfitri SK Mangkok 2012

Syukur Alhamdulillah... Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Ogos 2012. Sambutan yang meriah melambangkan betapa eratnya ikatan ukhuwah di antara warga SK Mangkok.

 Enaknya menjamu selera.....yummy!!!

 Pelbagai juadah sedia untuk dinikmati....

 Ucapan Aidilfitri

 Antara juadah-juadah yang disediakan

 Penonton-penonton cilik

 kerjasama sebelum majlis bermula

 warna -warni Aidilfitri SK Mangkok

 Persembahan nyanyian lagu Hari Raya

 Ceria di Hari Raya

 Bakat-bakat cilik SK Mangkok

Dapat duit raya....yahoooo!!!

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga SK Mangkok di atas kerjasama yang diberikan dalam Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah pada tahun ini.... Semoga kemeriahan ini dapat kita semua rasai semalam,hari ini dan selamanya....

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri 1433H


Hari Raya hari yang mulia,
Bersama menyambutnya penuh ceria,
Ampun maaf atas segalanya,
Ucapan ikhlas daripada kami semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir batin
Daripada : Warga SK Mangkok

 




 




Bantuan Ihsan Samudera 2012

Seramai 80 orang murid-murid yang terdiri  daripada anak-anak nelayan telah menerima Bantuan Ihsan Samudera 2012 yang berupa kelengkapan sekolah termasuk beg, uniform sekolah, kasut, kelengkapan alatulis dan baju sukan. Syukur ke hadrat Ilahi dengan penerimaan bantuan ini, pasti dapat membantu mengurangkan bebanan ibu-bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak mereka. majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi PIBG SK Mangkok, En Wan Mat Hassan  dan Pengerusi JKKK Kampung Mangkok, En Awang bin Junus. TERIMA KASIH....







Ihya Ramadhan

Bersempena kedatangan bulan berkat Ramadhan Al-Mubarak, warga SK Mangkok telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk pengisian rohani seperti ceramah dan tadarus Al-Quran. Semoga Ramadhan pada kali ini menjanjikan seribu keberkatan yang diimpikan pada kita semua. Amin....



Taklimat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia


Satu taklimat berkenaan program-program yang dijalankan oleh YAPEIM telah disampaikan oleh pegawai YAPEIM iaitu En Amri Fuadi bin Mohd Asmanan. Bersama-samalah kita bersedekah agar dapat membantu golongan yang memerlukan. Semoga kita beroleh keberkatan dari Allah. Amin


Program Menyemarakkan UPSR

Paparan kain-kain rentang yang memaparkan target SK Mangkok bagi setiap mata pelajaran UPSR beserta kata-kata perangsang buat calon -calon UPSR SK Mangkok 2012 digantung di persekitaran dewan yang indah tak terperi bersempena Program Menyemarakkan UPSR 2012. Diharap ianya dapat menaikkan semangat calon-calon UPSR SK Mangkok 2012 agar lebih bersedia bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti.




Di samping itu juga, calon-calon UPSR telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil  dan ditugaskan menghasilkan kata-kata perangsang dan semangat untuk dipaparkan di dalam kelas mereka.

Pemantauan SBOA 2012

Pemantauan SBOA Bahasa Inggeris telah dibuat oleh Pentaksir Kawasan, En Kamaruddin Jusoh pada 30 Julai 2012