Kem Bahasa Inggeris 2013


Kem Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan di SK Kuala Setiu pada 10 Mac 2013. SK Mangkok telah menghantar  orang peserta iaitu adik Nuraini Waheeda bt Idris,Ainun Nadhirah bt Hasin, Nur Eizlin Tahirah bt Mazlan, Nor Nadiah bt Mohd Nazri, Fatin Nur Hazirah bt Dzafrullah Adhha, Muhammad Izzul Mustaqim bin Nurul Mujahiddin, Nor Isyraf Zafri bin Nor Afdi, Muhammad Aqid Naqiuddin Saifullah bin Sukri, Muhammad Syahrul Aiman bin Ramli dan Muhammad Haiqal Zakwan bin Mohd Ayob.Kem ini diharap dapat membantu calon-calon UPSR SK Mangkok menyesuaikan diri dengan soalan-soalan peperiksaan dan memperoleh panduan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.


Persembahan Koir - Program 'Jom Selamatkan Penyu'

Pasukan Koir SK Mangkok telah dijemput mengadakan persembahan sempena Pelancaran Galeri Penyu Penarik Inn - Program 'Jom Selamatkan Penyu'




Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Zon Setiu Utara 2013

SK Mangkok telah menyertai Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Zon Setiu Utara yang bermula 18 - 20 Mac 2013. SK Mangkok telah diundi dalam kumpulan B bersama SK Fikri Pantai, SK Kuala Setiu, SK Lembah Bidong dan SK Penarek bagi permainan Bola Sepak dan juga dalam kumpulan B bersama SK Merang, SK Bari, SK Kuala Setiu dan tuan rumah, SK Rhu 10 dalam permainan Bola Jaring.

Kejohanan Bola Jaring Zon Setiu Utara 2013 - Kumpulan B

Keputusan perlawanan SK Mangkok




SK Mangkok vs SK Merang 9-5




SK Mangkok vs SK Rhu 10 2-3


SK Mangkok vs SK Kuala Setiu 10-1

SK Mangkok vs SK Bari 8-1

SK Mangkok muncul sebagai Naib Johan kumpulan B dan SK Rhu 10 sebagai Johan kumpulan
SK Mangkok akan bertemu SK Penarek di separuh akhir kejohanan hari ini...

Kejohanan Bola Sepak Zon Setiu Utara 2013 - Kumpulan B

Keputusan perlawanan SK Mangkok


SK Mangkok vs SK Fikri 0-0


SK Mangkok vs SK Lembah Bidong 0-0


SK Mangkok vs SK Penarek 1-0

SK Mangkok vs SK Kuala Setiu 6-0


SK Mangkok muncul sebagai Johan Kumpulan B dan SK Penarek sebagai Naib Johan kumpulan
SK Mangkok akan bertemu SK Merang di separuh akhir kejohanan hari ini...

Doakan kejayaan kami....