Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 Kategori Sekolah Kurang Murid

Pusat Sumber Raudhatul Ulum, Sekolah Kebangsaan Mangkok, Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). 
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 yang penuh warna warni ini telah diadakan pada 21  November 2017 (Selasa) di Auditorium BTP, KPM, Persiaran Bukit Kiara, 50604, Kuala Lumpur.

Tahniah...... SK Mangkok

 Bersama Tuan Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Tuan Pengarah JPN Terengganu semasa penganugerahan PSS peringkat kebangsaan.
Dipentas kemenangan......

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Johan PSS Kategori SKM Negeri Terengganu bagi tahun 2017
Penyampaian Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu pada 19.11.2017 di Dewan Besar BTPN Negeri Terengganu dan disempurnakan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah JPN Terengganu. Tahniah kepada team SK Mangkok kerana JOHAN PSS dan SSQS Kategori SKM Peringkat Negeri Terengganu untuk Tahun 2017.
Johan SSQS Kategori SKM Negeri Terengganu bagi tahun 2017





"BELANGKAS KHAZANAH KITA"

Program Kesedaran Belangkas telah diadakan pada 13.11.2017 di SK Mangkok oleh Kumpulan Penyelidikan Belangkas, Universiti Malaysia Terengganu.