Bengkel Pengurusan Laman Web bagi Calon SBT

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Bengkel Pengurusan Laman Web ini akan diadakan pada 10 hingga 14 Julai 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat 2 ,Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPNT) Marang. Seramai 17 peserta yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) 13 buah sekolah yang tercalon SBT dan selebihnya Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) PPD bagi daerah yang terlibat. Bengkel ini khusus diadakan bagi membimbing EIO bagi sekolah terlibat SBT untuk membina Laman Web Sekolah mengikut kriteria yang ditetapkan. 

Peserta yang terlibat

Larian 1 Murid 1 Sukan

Assalamualaikum...


Semua pelajar,guru dan semua kakitangan SK Mangkok telah menyertai Larian Satu Murid Satu Sukan pada 2 Julai 2011...Pelancaran Larian 1M1S ini serentak pada seluruh Malaysia.....

Sesi Memanaskan Badan
Tamat Larian
Sesi Bergambar Kenangan


Kelas Taekwando

Pada penghujung bulan Mei yang lepas, satu kelas taekwando telah dibuka bagi semua murid dan juga guru SK Mangkok.

Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar UPSR

Pada bulan Jun yang lepas, satu perjumpaan ibu bapa telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Mangkok. Perjumpaan ini adalah kali ke 4 bagi ibu bapa tersebut. Banyak isu-isu penting yang dibincangkan dan di suarakan oleh guru-guru malah terbuka pada ibu bapa juga.