Minum MILO Badan jadi Sihat dan Kuat

Assalamualaikum...

Suka rasanya tengok berbudak SK Mangkok ni dapat minum MILO percuma...semua pelajar hari tu dapat merasai air MILO...Excited sungguh tengok bebudak ni x sabar2 nak minum..nasib baik perjalanan proses pembahagian ini berjalan lancar...kalu x..mesti la kecoh n kalut dibuatnyer...
ape2 pon terima kasih buat LORI MILO hehehe...sebab belanjer kami warga SK Mangkok minum air MILO Free...thanks a lot...lain kali datang la lagi yer....
sukanyer dpt minum milo

Proses Mengemaskini Data SSQS

Assalamualaikum...

Pihak Admin sedang mengemaskini data SSQS yang perlu dilengkapkan sebelum 30 Julai 2011....

KEM MUHIBBAH UPSR

SK Mangkok telah mengadakan Kem Muhibbah UPSR yang khusus bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) . Kem ini dilakukan untuk tiap-tiap bulan dan diadakan di SK Mangkok. Selama 3 hari 2 malam pelajar dan guru bertugas akan berkampung di sana.

Menariknya tentang kem ini, selain dari dilakukan tiap-tiap bulan, penyediaan makanan untuk pelajar dan guru bertugas akan disediakan oleh ibu-ibu pelajar sendiri. Jadual tugasan ibu-ibu pelajar tahun 6 ini di sediakan sendiri oleh ketua ibu tersebut.

Pelajar Terlibat

.

Sambutan Hari Jadi Murid Prasekolah 1/2011

Assalamualaikum...

Pada 28 Jun 2011 yang lepas, Prasekolah Titian Kasih, SK Mangkok telah mengadakan sambutan hari lahir bagi murid yang lahir dari bulan Januari hingga Julai. Selain daripada acara sambutan ini, murid prasekolah juga terlibat dalam acara sukaneka yang juga melibatkan ibu bapa pelajar. Ini adalah acara tahunan bagi prasekolah.