Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012

Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok telah diadakan pada 9 - 10 Oktober 2012. Kejohanan ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Halim bin Jusoh yang menyempurnakan upacara perasmian penutup Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok pada tahun ini. 3 buah rumah sukan telah bertanding dapat merebut Piala Pusingan Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012. Peserta-peserta daripada Rumah Merah, Biru dan Kuning masing-masing mempamerkan skill tersendiri dalam usaha meraih mata terbanyak untuk rumah masing-masing.

 Acara perbarisan rumah sukan

Bacaan ikrar oleh adik Ahmad Syahid Mustaqim bin Mohd Kahar



Acara olahraga


Acara sukaneka


peserta-peserta cilik acara sukaneka prasekolah




Acara Relay 4X100 m Jemputan

Acara Relay 4x100m (L) Jemputan  telah dimenangi oleh :
1. SK Saujana
2. SK Permaisuri
3. SK Telaga Papan
4. SK Bari 
5. SK Mangkok

Acara Relay 4X100m (P) Jemputan telah dimenangi oleh:
1. SK Mangkok 1
2. SK Permaisuri
3. SK Saujana
4. SK Telaga Papan
5. SK Mangkok 2

Tahniah kepada semua peserta...

Warga SK Mangkok


Urusetia Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok


Acara Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok

 Acara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya


 Hadiah hamper cabutan bertuah..

 bersama sebahagian hadiah yang dimenangi...

 senyum.....

senyum lagi....

Tahniah kepada Rumah Kuning kerana berjaya mengungguli Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok dengan pungutan mata sebanyak 67 mata, diikuti rapat oleh Rumah Biru dengan 63 mata, manakala tempat ke-3 oleh Rumah Merah dengan 50 mata. Tahniah kepada semua...

Penghargaan buat YB Tuan Haji Abd Halim bin Jusoh di atas kesudian YB untuk melengkapkan acara perasmian Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012. Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga juga buat Pengerusi JKKK Kg Mangkok, Haji Awang bin Junus , Pengerusi PIBG SK Mangkok, En Wan Hassan bin Wan Othman, Guru Besar SK Mangkok, En Razali bin Alias, warga SK Mangkok serta penduduk Kg Mangkok...

Enak sungguh air keladi,
Minum di bawah pohon celagi,
Ada terkurang harap maafi,
Tahun depan kita  jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment