Pemantauan Sekolah Perhubungan

Pemantauan Sekolah Perhubungan telah dibuat oleh En. Ramlee Awang Kechil , Pegawai FasiLinus, Pejabat Pelajaran Daerah Setiu  pada 30 Julai 2012.



Kem UPSR Siri 2 / 2012

Kem UPSR Siri 2/2012 telah diadakan bermula 19 - 20 Julai 2012. Dalam kem kali ini, pihak sekolah turut menjemput fasilitator dari sekolah lain untuk berkongsi maklumat dan info terkini berkaitan UPSR.
1. En Danny Teow bin Abdullah - Sains
2. En Mohd Jamka bin Harun - BM
3. En. Adziram bin Mohd Radzi - Matematik
4. En. Mohd Khairidi bin Sanusi - Bahasa Inggeris
 Slot Sains

Riadah

 Slot Bahasa Inggeris

Kempen Kibar Jalur Gemilang

Pelancaran Kempen Kibar jalur Gemilang telah diadakan pada 18 Julai 2012. Tentatif program adalah seperti berikut:
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu patriotik - Terengganu Negeri Anjung Ilmu
2. Acara menaikkan bendera
3. Ucapan Guru Besar
4. Ucapan kemerdekaan oleh En. Dzafrullah Adhha - PK KO SK Mangkok
5. Aktiviti mewarna Jalur Gemilang - murid-murid PRASekolah, Tahun 1 - 3
6. Aktiviti kolaj Jalur Gemilang - murid-murid Tahun 4-6




Majlis Perpisahan Cik Nur Afifah bt Sauti

Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa Cik Nur Afifah bt Sauti yang amat kita semua sayangi. Cik Nur Afifah bt Sauti mula melaporkan diri sebagai guru Muzik, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni di SK Mangkok pada Januari 2012. Keserasian mula terasa apabila beliau merupakan antara guru 'favourite' di sekolah ini. Hasil usaha keras beliau, pasukan Nasyid SK Mangkok berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan MTQ peringkat Zon Setiu Utara. Kehebatan pasukan bola jaring SK Mangkok juga makin terserlah dan digeruni lawan.
Namun....perpisahan jua terjadi...apabila Cik Nur Afifah bt Sauti telah di'ambil' oleh SK Bari dari kami....Meskipun sedih...namun kami akur...

Kenangan bersama terpahat selamanya....



Pemantauan ICTL

Pemantauan ICTL oleh En Kamaruzaman Bin Hamat - Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,  Pengurusan Kurikilum (Votek), PPD Setiu




Pemeriksaan dan rawatan gigi

Murid-murid SK Mangkok telah menjalani pemeriksaan dan rawatan gigi - Pejabat Kesihatan Setiu



Hafazan SK Mangkok 2012

Seramai  orang murid-murid yang tersiri daripada Tahun 1 - Tahun 6 telah terpilih untuk dinilai dalam ujian Hafazan Al-Quran. Seramai 5 orang ustaz telah dijemput untuk membuat penilaian bacaan Hafazan tersebut.
Penilaian diketuai oleh Ust Mohd Jahari Bin Hj. Yahu, Ust Razali bin Ibrahim @ Him, Ust Damat bin Deraman, Ust Tarmizi bin Awang dan Ust Mohd Azmi bin Mat Daud.


APC 2011 SK Mangkok

Tahniah kepada Pn Wan Yaumi bt Wan Ismail di atas penganugerahan APC 2011...Semoga terus cemerlang.... TAHNIAH!!!

Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan


Akhirnya saat yang dinanti-nanti tiba jua.... Kehadiran Jemaah Nazir untuk Pemantauan Sekolah Kluster Kecemerlangan.. Kami warga SK Mangkok mengalu-alukan kehadiran Tuan-Tuan sekalian..
Segala tunjuk ajar amat kami hargai dan akan kami jadikan panduan untuk lebih cemerlang di masa akan datang..
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia terdiri daripada:
1. Tuan Haji Ahdon bin Mes
2. En Haron bin Amir
3. En Zainuddin bin Mat Jusoh
4. En Mazlan bin Mahmud
5. En Mohd Nor Hisham bin Ghazali