Kem Bahasa Inggeris 2013


Kem Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan di SK Kuala Setiu pada 10 Mac 2013. SK Mangkok telah menghantar  orang peserta iaitu adik Nuraini Waheeda bt Idris,Ainun Nadhirah bt Hasin, Nur Eizlin Tahirah bt Mazlan, Nor Nadiah bt Mohd Nazri, Fatin Nur Hazirah bt Dzafrullah Adhha, Muhammad Izzul Mustaqim bin Nurul Mujahiddin, Nor Isyraf Zafri bin Nor Afdi, Muhammad Aqid Naqiuddin Saifullah bin Sukri, Muhammad Syahrul Aiman bin Ramli dan Muhammad Haiqal Zakwan bin Mohd Ayob.Kem ini diharap dapat membantu calon-calon UPSR SK Mangkok menyesuaikan diri dengan soalan-soalan peperiksaan dan memperoleh panduan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.


Persembahan Koir - Program 'Jom Selamatkan Penyu'

Pasukan Koir SK Mangkok telah dijemput mengadakan persembahan sempena Pelancaran Galeri Penyu Penarik Inn - Program 'Jom Selamatkan Penyu'




Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Zon Setiu Utara 2013

SK Mangkok telah menyertai Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Zon Setiu Utara yang bermula 18 - 20 Mac 2013. SK Mangkok telah diundi dalam kumpulan B bersama SK Fikri Pantai, SK Kuala Setiu, SK Lembah Bidong dan SK Penarek bagi permainan Bola Sepak dan juga dalam kumpulan B bersama SK Merang, SK Bari, SK Kuala Setiu dan tuan rumah, SK Rhu 10 dalam permainan Bola Jaring.

Kejohanan Bola Jaring Zon Setiu Utara 2013 - Kumpulan B

Keputusan perlawanan SK Mangkok




SK Mangkok vs SK Merang 9-5




SK Mangkok vs SK Rhu 10 2-3


SK Mangkok vs SK Kuala Setiu 10-1

SK Mangkok vs SK Bari 8-1

SK Mangkok muncul sebagai Naib Johan kumpulan B dan SK Rhu 10 sebagai Johan kumpulan
SK Mangkok akan bertemu SK Penarek di separuh akhir kejohanan hari ini...

Kejohanan Bola Sepak Zon Setiu Utara 2013 - Kumpulan B

Keputusan perlawanan SK Mangkok


SK Mangkok vs SK Fikri 0-0


SK Mangkok vs SK Lembah Bidong 0-0


SK Mangkok vs SK Penarek 1-0

SK Mangkok vs SK Kuala Setiu 6-0


SK Mangkok muncul sebagai Johan Kumpulan B dan SK Penarek sebagai Naib Johan kumpulan
SK Mangkok akan bertemu SK Merang di separuh akhir kejohanan hari ini...

Doakan kejayaan kami....

Kursus Pentauliahan Ketua Sekawan (Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah)

Kursus Pentauliahan Ketua  Sekawan (Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah) peringkat negeri Terengganu 2013 telah diadakan pada 21 Februari 2013. Kursus ini diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. SK Mangkok telah memilih seorang peserta untuk mengikuti kursus ini, iaitu adik Muhammad Haikal Zakwan bin Mohd Ayob. Kursus ini bertujuan untuk memberi tauliah Ketua PEK (Ketua Pengakap Sekolah Rendah) kepada semua peserta dalam kursus ini.


Kem Sains UPSR 2013

Kem Sains UPSR telah diadakan di SK Lembah Bidong pada 10 Februari 2013. SK Mangkok telah menghantar  orang peserta iaitu adik Nuraini Waheeda bt Idris,Ainun Nadhirah bt Hasin, Nur Eizlin Tahirah bt Mazlan, Nor Nadiah bt Mohd Nazri, Fatin Nur Hazirah bt Dzafrullah Adhha, Muhammad Izzul Mustaqim bin Nurul Mujahiddin, Nor Isyraf Zafri bin Nor Afdi, Muhammad Aqid Naqiuddin Saifullah bin Sukri, Muhammad Syahrul Aiman bin Ramli dan Muhammad Haiqal Zakwan bin Mohd Ayob.Kem ini diharap dapat membantu calon-calon UPSR SK Mangkok menyesuaikan diri dengan soalan-soalan peperiksaan dan memperoleh panduan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.


Mesyuarat Agong Pergerakan Puteri Islam

Mesyuarat Agong Pergerakan Puteri Islam telah berlangsung pada 19 Februari 2013. 2 pertandingan gubahan telah diadakan, iaitu gubahan gula-gula dan gubahan buah-buahan. SK Mangkok telah menghantar 2 orang wakil untuk bertanding dalam acara gubahan gula-gula, iaitu Puan Rosniza bt Zakaria dan Puan Nurul Aznida bt Zakaria. Syukur alhamdulillah...SK Mangkok berjaya mendapat tempat ke-4...


inilah hasil gubahan kami...


 Senarai pemenang - pemenang utama pertandingan gubahan


Tempat ke-4 Pertandingan Gubahan Gula-Gula

Bola Sepak Friendly Match

Satu perlawanan persahabatan di antara SK Mangkok vs SK Penarek vs SK Rhu 10 telah diadakan pada petang 5 Februari 2013, bertempat di Padang SK Rhu 10.


Perlawanan Persahabatan


Keputusan Perlawanan:

SK Penarek vs SK Rhu 10  0 - 1
SK Mangkok vs SK Rhu 10  1-0
SK Mangkok vs SK Penarek  0-0



Koko-Krunch Sedap, Sarapan Berkhasiat

Sebaik sahaja selesai acara Merestas desa, kelihatan  Koko-Krunch bergerak datang...rezeki anak-anak SK Mangkok...syukur....


Koko-Krunch....here we come...


Thank you!!!!

Kejohanan Merentas Desa SK Mangkok

Kejohanan Merentas Desa SK Mangkok telah diadakan pada 5 Februari 2013.



Acara memanaskan badan...



Merentas Desa



Jamuan....


Jaguh Merentas Desa SK Mangkok...Tahniah..

Perarakan Maulidur-Rasul Kampung Mangkok

SK Mangkok telah menyertai perarakan Maulidur-Rasul peringkat Kampung Mangkok yang diadakan pada 1 Februari 2013. Perarakan ini diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Mangkok, Hj Awang bin Junus.

Sebelum perarakan


Perarakan Maulidur-Rasul



Menjamu selera

Sambutan Maulidur-Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur-Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Januari 2013.

Ceramah Maulidur-Rasul



Acara-acara yang dipertandingkan


Senarai Pemenang Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Tahap 1
Sambutan Maulidur-Rasul SK Mangkok 2013

Prasekolah
1. Siti Maryatun Nursarah bt Mohd Zamzami
2. Nur Qistina Izni bt Mohd Ayob
3. Nur Syasya Qaisara bt Sukri

Tahun 1
1. Nur Fatin Najwa bt Mohd Zaik
2. Muhammad Nur Hafizul Salam bin Elias
3. Nabihah Yamni bt Rozaki

Tahun 2
1. Norhidayatul Akma bt Mat Arsad
2. Nasrin Inani bt Nurul Mujahiddin
3. Farah Idayu bt Zakariya

Tahun 3
1. Nur Najwaaina bt Mohd Nazri
2. Wan Nurul Farahayu bt Wan Zahari
3. Safiyya Nur Ishiqqa bt Abdullah

Senarai Pemenang Pertandingan Menulis Khat Tahap 2
Sambutan Maulidur-Rasul SK Mangkok 2013

Tahun 4
1. Norhazlinda bt Hussen
2. Qurratu' Aini bt Iliyasa'a
3. Nur Madihah Izzati bt Zakariah

Tahun 5
1. Muhammad Azziq bin Zahazani
2. Rabiatull Adawiyyah bt Mohd Kahar
3. Muhammad Irfan bin Aziz

Tahun 6
1. Nurul Eizlin Tahurah bt Mazlan
2. Nor Israf Zafri bin Nor Afdi
3. Fatin Hazirah bt Dzafrullah Adhha






Ceramah Kesihatan Mulut

Satu ceramah bertajuk Kesihatan Mulut telah dianjurkan oleh Jururawat Pergigian Klinik Pergigian Permaisuri, Setiu. Ceramah ini memaparkan cara-cara menjaga kesihatan mulut, terutamanya berkenaan peri pentingnya menjaga kebersihan gigi.


Sayangi gigi anda....

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan RM100 bagi Tahun 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan RM100 bagi Tahun 2013 telah diadakan pada 23 Januari 2013. Majlis telah dirasmikan oleh YB Abdul Halim b Jusoh ini bertempat di SMK Saujana, Setiu. Sebanyak 4 buah sekolah terlibat dalam agihan RM100 ini, iaitu SK Mangkok, SK Saujana, SK Kuala Setiu dan SK Fikri Pantai.


Sekitar Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan RM100 bagi Tahun 2013



YB Abd Halim bin Jusoh menyempurnakan acara Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan RM100 bagi Tahun 2013

Majlis Perlantikan Pengawas SK Mangkok

Majlis Perlantikan Pengawas SK Mangkok telah diadakan pada 20 Januari 2013. Sekolah telah menjemput Kpl Mat Jusoh bin Hasan, dari Cawangan Trafik IPD Setiu, merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah bagi menyempurnakan penyerahan watikah perlantikan pengawas-pengawas sesi 2013. Beliau juga menyempurnakan acara penyampaian kad kebenaran ke tandas bagi setiap kelas.



Sekitar Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah



 Penyerahan watikah perlantikan

Senarai Pengawas SK Mangkok Sesi 2013

Muhammad Syahrul Aiman bin Ramli
Muhammad Haikal Zakwan bin Mohd Ayob
Muhammad Amierul Akimie bin Mazlan
Nuraini Waheeda bt Idris
Nur Fatin Hazirah bt Dzafrullah Adhha
Ainun Nadhirah bt Hasim
Nor Nadiah bt Mohd Nazri
Muhammad Fakrul Razzy bin Md Fozi
Muhammad Najmi Najmuddin bin Hamidin
Muhammad Zainuasyraf Hakim bin Din
Muhammad Fazli bin Zakariya
Rabiatull Adawiyyah bt Mohd Kahar
Nurul Isma bt Muhammad
Nor Hazlinda bt Hussen
Qurratu' Aini bt Iliyasa'a
Siti Radiatul Aisyah bt Ramly



Senarai Ketua Kelas & Penolong Sesi 2013

Tahun 1
Muhammad Adib bin Aminordin
Nurzuhairah Syauqina bt Mohd Zuki

Tahun 2
Muhammad Aliff Naqiuddin bin Adziram
Farah Idayu bt Zakariya

Tahun 3
Muhammad 'Aqil Danial Hafizi bin Sukri


Tahun 4
Muhammad Shafiq Haiqal bin Rosmadi

Tahun 5
Muhammad Haizey bin Chek Jais
Nik Nur Fatin Anisha bt Nik Sing

Tahun 6
Muhammad Arif bin Abd Rahman



Gigi Sihat Senyuman Memikat

Program ini bertujuan mendidik murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. Program ini dikendalikan oleh para jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Permaisuri Setiu.


Jom periksa gigi.....

2013

Sekilas 2012 meninggalkan kita..
bersama suka duka kehidupan...
kenangan terindah...
kini...menjelma  sudah 2013...
bersama segunung harapan.... impian....
semoga perjalanan ini sentiasa diberkati Allah...
sentiasa diperbetulkan sebarang kekhilafan....
sentiasa dipermudahkan segala urusan...

Terima kasih Ya Allah....