Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 Kategori Sekolah Kurang Murid

Pusat Sumber Raudhatul Ulum, Sekolah Kebangsaan Mangkok, Terengganu telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). 
Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 yang penuh warna warni ini telah diadakan pada 21  November 2017 (Selasa) di Auditorium BTP, KPM, Persiaran Bukit Kiara, 50604, Kuala Lumpur.

Tahniah...... SK Mangkok

 Bersama Tuan Hj. Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Tuan Pengarah JPN Terengganu semasa penganugerahan PSS peringkat kebangsaan.
Dipentas kemenangan......

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2017

Johan PSS Kategori SKM Negeri Terengganu bagi tahun 2017
Penyampaian Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu pada 19.11.2017 di Dewan Besar BTPN Negeri Terengganu dan disempurnakan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah JPN Terengganu. Tahniah kepada team SK Mangkok kerana JOHAN PSS dan SSQS Kategori SKM Peringkat Negeri Terengganu untuk Tahun 2017.
Johan SSQS Kategori SKM Negeri Terengganu bagi tahun 2017





"BELANGKAS KHAZANAH KITA"

Program Kesedaran Belangkas telah diadakan pada 13.11.2017 di SK Mangkok oleh Kumpulan Penyelidikan Belangkas, Universiti Malaysia Terengganu.







SUKANEKA SK MANGKOK TAHUN 2017

Hari ini 26.10.2017 kita bersukaneka. Sebelum memulakan permainan kita senamrobik dahulu. 
 Cikgu Mohd Nor bin Hamid mengetuai senamrobik.




SAMBUTAN HARI JADI PRASEKOLAH TAHUN 2017

Terima kasih kepada Chipmunk daripada MC Donald kerana sudi menceriakan anak-anak pra Sk Mangkok untuk meraikan Sambutan Hari Jadi Tahun 2017.




Hari Sukan Negara 14 Oktober 2017

Sempena Hari Sukan Negara yang berlangsung secara serentak seluruh Malaysia pada 14 Oktober 2017, SK Mangkok tidak ketinggalan mengadakan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan, senamrobik, larian di sekitar Kampung Mangkok dan pertandingan bola tampar. Terima kasih kepada semua yang terlibat.









Majlis Perasmian Program GPNB & Masyarakat Bersama YB Menteri Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu

Inilah Booth Kitar Semula SK Mangkok di Majlis Perasmian Program GPNB & Masyarakat Bersama YB Menteri Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu pada 12 Oktober 2017 . Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga SK Mangkok terus berjaya di masa akan datang.







YB Menteri Pendidikan Malaysia melihat hasil kraftangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula di booth kami.

Persiapan Untuk Pameran Menyambut YB Menteri Pendidikan di SMK Seri Payung Marang


Nantikan kami di SMK Seri Payung Marang pada 12 Oktober 2017...Lihatlah hasil pameran kami di sana...Jumpa disana ye...




Lawatan Penanda Aras dari SK Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sekolah kami.


Hari Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2017


ALHAMDULILLAH... Semuanya berjalan dengan lancar.. Teruskan berdoa agar kejayaan milik kami... InsyaAllah...


Doakan Kejayaan Kami Dalam APSSK 2017


Doakan kami... Semoga kami berjaya menaikkan nama Negeri TERENGGANU sekaligus nama Sekolah kami iaitu SK MANGKOK. Terima kasih.


Kunjungan Dari Guru-guru SK Kebor Besar


PSS Raudhatul Ulum menerima kunjungan dari guru-guru SK Kebor Besar. Terima Kasih kerana sudi singgah ke sekolah kami.



Jom Kitar Semula...


Sebahagian sampah yang dikutip semasa gotong royong, bahan-bahan terbuang tersebut dikitar semula menjadi tong sampah kitar semula dan pasu bunga.


Bengkel Jentik-jentik Bersama En Azmi Dari Unit Kawalan Vektor


Terima kasih En Azmi Dari Unit Kawalan Vektor kerana meluangkan masa untuk anak didik kami dalam memberi info yang sangat berguna tentang pengecaman larva atau jentik-jentik.