Majlis Khatam Quran SK Mangkok 2012

SK Mangkok telah mengadakan Majlis Khatam Quran 2012 pada 31 Oktober 2012. Seramai 39 orang murid-murid SK Mangkok termasuk 6 orang daripada prasekolah telah memperdengarkan bacaan mereka  dari surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas dalam majlis ini. Majlis ini dibimbing oleh Ustaz Haji Ghani bin Ismail, Ustaz Wan Mohd Fanzi bin wan Ali dan Ustazah Mai Kelesom binti Ismail.


Majlis Khatam Quran SK Mangkok 2012


Murid-murid tekun memperdengarkan bacaan dengan bimbingan guru-guru Al-Quran


Khusyuk....


Penyampaian cenderahati berupa Al-Quran sumbangan SK Mangkok dan wang tunai RM20 sumbangan Yayasan Islam Terengganu kepada semua peserta khatam Quran


Syukur ke-hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya,Majlis Khatam Quran SK Mangkok berjaya dilaksanakan dengan lancar dan ceria. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Karnival Bola Sepak Bawah 10 Tahun 2012

Satu Karnival Bola Sepak Bawah 10 Tahun Daerah Setiu 2012 telah diadakan pada 30 Oktober 2012 bertempat di Padang SK Langkap, Setiu, Terengganu. Karnival ini dianjurkan oleh PIBG SK Langkap telah disertai oleh 20 buah sekolah.

Sk Mangkok telah menghantar 2 pasukan, Mangkok A dan Mangkok B.



Keputusan perlawanan

Mangkok A vs SK Kg Rahmat (4-0)
Mangkok A vs SK Saujana (5-0)
Mangkok A vs SK Chalok (3-0)
Mangkok A vs SK Sg Tong (7-0)


Mangkok B vs SK Batu 29 (0-0)
Mangkok B vs SK Tayor (0-1)
Mangkok B vs SK Kg Buluh A (0-3)
Mangkok B vs SK Kg Bukit (0-0)


Suku Akhir
Mangkok A vs SK Penarek (5-0)

Separuh Akhir
Mangkok A vs SK Kg Buluh A (5-1)

Akhir
Mangkok A vs SK Fikri (P) (7-0)


SK Mangkok berjaya muncul sebagai Johan Karnival Bola Sepak Bawah 10 Tahun Daerah Setiu 2012 dan membawa pulang hadiah berupa Piala Pusingan Kejohanan, medal  beserta RM300.




Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Bola Sepak SK Mangkok, En Dzafrullah Adhha bin Abu Bakar dan jurulatih yang berpengalaman, En Sahara bin Zakaria serta warga SK Mangkok yang seia sekata memberikan sokongan sepanjang karnival berlangsung...

Tahniah....

Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel.


Pasukan Koir SK Mangkok telah dijemput untuk membuat persembahan koir sempena Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel yang diadakan di The Curve, Damansara pada 23 Oktober 2012. Majlis pelancaran ini adalah anjuran bersama World Wide Fund for Nature (WWF) dan Universiti Malaysia Terengganu. Peserta rombongan daripada Setiu yang terdiri daripada 28 orang telah bertolak ke Damansara pada jam 11 pagi pada 22 Oktober 2012.


Carrefour, Damansara


Tune Hotels.com...

Keesokkan harinya, iaitu pada 23 Oktober 2012, kami tiba di The Curve, Damansara untuk menyertai Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel. Majlis ini dirasmikan oleh Dato' Dr. Dionysius S. K. Sharma merangkap Ketua Pegawai Eksekutif / CEO WWF Malaysia.


Bersarapan di 'Q' Bistro


The Curve


Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel.


Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel.


 Majlis Pelancaran Video Setiu Wetlands: Nature's Jewel.


Santai


Santai


 Santai


Pengalaman berharga Pn Rosniza bt Zakaria...ditemuramah oleh RTM dalam Rancangan Merah Itu Saga yang memaparkan peri pentingnya penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat hari ini... Saksikanlah di RTM di penghujung Oktober 2012...



Kem 1 Murid 1 Sukan - (22 - 24 Oktober 2012)

Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah Setiu telah diadakan bermula 22 - 24 Oktober 2012 bertempat di SK Telaga Papan. 43 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kem 1 Murid 1 Sukan ini. SK Mangkok telah menghantar 5 orang murid yang terdiri daripada Muhammad Izzul Mustakim bin Nurul Mujahidin, Muhamad Amirul Akimie bin Mazlan, Muhammad Haikal Zakwan bin Mohd Ayob, Nurul Isma binti Muhammad dan Siti Maryatul Najihah binti Mohd Zamzami untuk menimba pengalaman berharga daripada 30 fasilitator-fasilitator daripada seluruh Setiu serta berkongsi kemahiran bersama peserta-peserta kem yang lain.



LASBELA SK MANGKOK 2012

SK Mangkok telah mengadakan LASBELA ke Melaka dan Kuala Lumpur pada 11 - 13 Oktober 2012. Program yang melibatkan murid-murid Tahun 6 dan sebahagian daripada murid-murid tahun 5 dan 4 telah berjalan dengan lancar dan memberikan informasi yang berguna kepada murid-murid.

Melaka Bandaraya Bersejarah

 Dataran Pahlawan

 Menara Taming Sari


 Zoo Melaka

 Muzium Samudera

 Melaka River Cruise

 Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin

 Putrajaya yang indah...

 dari Kg Bharu ke KLCC

 KLCC


Aquaria, KLCC

LADAP PBS 2012

Kursus LADAP PBS telah diadakan pada 11 Oktober 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Mangkok. Semua peserta kursus hadir. 2 sesi telah dilaksanakan. Sesi 1 : Penerangan berkenaan PBS oleh En Sahara bin Zakaria. Sesi 2 : SPPBS oleh Pn Norul Aznida binti Zakaria


Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012

Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok telah diadakan pada 9 - 10 Oktober 2012. Kejohanan ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Tuan Haji Halim bin Jusoh yang menyempurnakan upacara perasmian penutup Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok pada tahun ini. 3 buah rumah sukan telah bertanding dapat merebut Piala Pusingan Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012. Peserta-peserta daripada Rumah Merah, Biru dan Kuning masing-masing mempamerkan skill tersendiri dalam usaha meraih mata terbanyak untuk rumah masing-masing.

 Acara perbarisan rumah sukan

Bacaan ikrar oleh adik Ahmad Syahid Mustaqim bin Mohd Kahar



Acara olahraga


Acara sukaneka


peserta-peserta cilik acara sukaneka prasekolah




Acara Relay 4X100 m Jemputan

Acara Relay 4x100m (L) Jemputan  telah dimenangi oleh :
1. SK Saujana
2. SK Permaisuri
3. SK Telaga Papan
4. SK Bari 
5. SK Mangkok

Acara Relay 4X100m (P) Jemputan telah dimenangi oleh:
1. SK Mangkok 1
2. SK Permaisuri
3. SK Saujana
4. SK Telaga Papan
5. SK Mangkok 2

Tahniah kepada semua peserta...

Warga SK Mangkok


Urusetia Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok


Acara Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok

 Acara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang berjaya


 Hadiah hamper cabutan bertuah..

 bersama sebahagian hadiah yang dimenangi...

 senyum.....

senyum lagi....

Tahniah kepada Rumah Kuning kerana berjaya mengungguli Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok dengan pungutan mata sebanyak 67 mata, diikuti rapat oleh Rumah Biru dengan 63 mata, manakala tempat ke-3 oleh Rumah Merah dengan 50 mata. Tahniah kepada semua...

Penghargaan buat YB Tuan Haji Abd Halim bin Jusoh di atas kesudian YB untuk melengkapkan acara perasmian Kejohanan Olahraga dan Sukan Komuniti SK Mangkok 2012. Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga juga buat Pengerusi JKKK Kg Mangkok, Haji Awang bin Junus , Pengerusi PIBG SK Mangkok, En Wan Hassan bin Wan Othman, Guru Besar SK Mangkok, En Razali bin Alias, warga SK Mangkok serta penduduk Kg Mangkok...

Enak sungguh air keladi,
Minum di bawah pohon celagi,
Ada terkurang harap maafi,
Tahun depan kita  jumpa lagi...