UPSR 2012

UPSR 2012 mengejutkan warga SK Mangkok apabila tiada seorang calon daripada 23 calon yang menduduki UPSR pada tahun ini mendapat 5A. Hanya seorang calon iaitu Nur Alia Syafiqah bt Zuraini berjaya memperoleh 4A 1B, 2 orang calon yang memperoleh 3A 2B iaitu Siti Radiatul Aini bt Ramly dan Ahmad Syahid Mustaqim bin Mohd Kahar dan 2 orang calon memperoleh 2A 3B iaitu Siti Maryatul Qibtiah bt Mohd Zamzami dan Nurul Ezzah bt Muhammad.



Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah SK Mangkok 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah SK Mangkok 2012 telah diadakan pada 7 November 2012. Majlis yang menghargai pencapaian murid-murid SK Mangkok telah dirasmikan oleh    En. Shahruddin bin Abd Razak, Pegawai Penyelia Prasekolah PPD Setiu. Majlis turut meriah dengan kehadiran Pengerusi PIBG SK Mangkok, En. Wan Hassan bin Wan Othman, Penyelaras KAFA DUN Permaisuri, Pn Wan Farahnadiah bt Wan Mohd serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang majlis berlangsung.



Persembahan 


Ceria.....


Ucapan perasmian


ready...?


Acara penyampaian hadiah


Acara penyampaian hadiah


Warga SK Mangkok


Senyum.....


 Pelajar Terbaik Sesi 2012 - Prasekolah
Muhammad Adib Zikry bin Amiruddin


Pelajar Terbaik Sesi 2012 - Akademik (L)
Ahmad Syahid Mustaqim bin Mohd Kahar


Pelajar Terbaik Sesi 2012 - Akademik (P)
Nur Alia Syafiqah bt Zuraini


 Olahragawan 2012
Wan Khairi Aizat bin Wan Zahari


Olahragawati  2012
Nurr Ayuni Nadhirah bt mohd Kadri


Olahragawan Harapan 2012
Muhammad Haziq bin Adnan


Olahragawati Harapan 2012
Nik Nor Nadia Natasha bt Abdullah


Pelajar Berketrampilan 2012
Nurul Ezzah bt Muhammad


Tahniah kepada semua murid yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Teruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan jadikan ianya landasan untuk menggapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang....



Jamuan Akhir Tahun SK Mangkok 2012

Jamuan Akhir Tahun SK Mangkok telah diadakan pada 6 Nov 2012..Jamuan ini juga bertujuan meraikan murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan kenangan terindah mereka selepas 6 tahun berlalu sebagai warga SK Mangkok (2007 - 2012).


makan-makan 


jom....potong kek!!!


selamat menjamu selera...

Sambutan Hari Jadi Prasekolah Kali-2/2012

Prasekolah SK Mangkok telah meraikan sambutan hari jadi murid-murid prasekolah yang lahir bermula bulan June hingga Disember.


 Kemeriahan Sambutan Hari Jadi Prasekolah SK Mangkok


 Ucapan-ucapan pembakar semangat..


Happy birthday to you....


Acara penyampaian hadiah

Jom makan....



Selamat menjamu selera...