Piagam Pelanggan

Kami warga SK MANGKOK, Setiu Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam,Berikrar Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk :

1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan.

2. Memastikan staf yang mencukupi, berdedikasi, berdisplin, bertanggungjawab dan produktif.

3. Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.

4. Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan pada setiap masa.

5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa/ penjaga, masyarakat dan negara.

6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera pada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

7. Menentukan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dengan informasi terkini selaras dengan zaman teknologi maklumat.

8. Memastikan semua pelajar mendapat keselesaan belajar ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara.

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak, demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pelajar.