Kursus Pentauliahan Ketua Sekawan (Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah)

Kursus Pentauliahan Ketua  Sekawan (Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak Sekolah Rendah) peringkat negeri Terengganu 2013 telah diadakan pada 21 Februari 2013. Kursus ini diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. SK Mangkok telah memilih seorang peserta untuk mengikuti kursus ini, iaitu adik Muhammad Haikal Zakwan bin Mohd Ayob. Kursus ini bertujuan untuk memberi tauliah Ketua PEK (Ketua Pengakap Sekolah Rendah) kepada semua peserta dalam kursus ini.


No comments:

Post a Comment