Hilangnya Guru Penolong Kanan Kokurikulum...En.Ramly Sulong

Warga SK Mangkok telah menerima satu perkhabaran yang kurang baik iaitu seorang guru SK Mangkok akan berpindah ke sekolah SK Bari (P). Cukup mengejutkan bagi Warga SK Mangkok yang akan kehilangan satu-satunya Guru Muzik yang ada iaitu En. Ramly b. Sulong. Cikgu Ramly b. Sulong amat berjasa bagi murid-murid SK Mangkok, telah banyak aktiviti KO dan Akademik yang menggunakan jasa Cikgu Ramly. Pembimbing KOIR, Nasyid, dan sukan sekolah ini banyak membantu murid menerpa kejayaan di peringkat Daerah mahupun di peringkat Negeri.

Beliau telah berkhidmat selama 11tahun (Dari 17.1.2000 sehingga 31.12.2011). Dari Warga SK Mangkok, kami memohon andai kata ada salah dan silap selama kita bersama di sini. Diharapkan Warga SK Mangkok tetap dihati Cikgu Ramly. Walau berat untuk melepakskan cikgu pergi tapi kerana tanggungjawab sebagai seorang guru terpaksa kami merelakan jua. Jasamu Tetap Selalu Diingati (",)

Hilangmu tiada pengganti...

No comments:

Post a Comment